Pages

Wednesday, October 26, 2011

LABUAN KDM IDOL kini bersedia untuk memulakan langkah sulungnya




Masa yang dinantikan sudah hampir tiba! Program nyanyian iaitu LABUAN KDM IDOL yang mempertaruhkan bakat seni nyanyian di dalam industri Muzik Tempatan Sabah, kini bersedia untuk memulakan langkah sulungnya. Pusingan Pertama atau HEAT. 1 ini bakal memperkenalkan 11 orang Peserta iaitu Maria, Sulastry, Karbin, Jaculine, Jeneling, Yong Sow Min, Madeleine, Sapvren, Edmund, Reno dan Fendy.

Program ini akan diadili oleh seorang juri profesional tetap, Benn Simon Bukag dan dibantu oleh 2 orang juri jemputan dimana seorang juri daripada kaum murut dan Seorang lagi daripada Kaum Kadazandusun itu sendiri, 11 Peserta akan berentap pada Pusingan pertama dan hanya 5 yang akan melayakkan diri ke Pusingan Akhir manakala 5 peserta yang berjaya melepasi HEAT.1 akan berentap ke FINAL bersama 5 peserta yang juga layak ke pusingan akhir pada HEAT.2, Jadi kepada Pengemar Muzik tempatan jangan lupa temu janji kita bersama Heat.1 yang akan di adakan di Victoria Island Club, bermula seawal pukul 7.00 petang...Jumpa Anda di sana!!!