Pages

Thursday, November 10, 2011

PERMULAAN YANG MEMBERANGSANGKAN!


Selepas berjaya mencatat kadar penonton yang memberangsangkan pada minggu lalu, program nyanyian terbaru Labuan KDM IDOL, kini rancak mengorak langkah dengan pusingan kedua dimana penampilan 12 Peserta yang bakal berentap dan hanya 5 peserta yang akan mengorak langkah ke Pusingan  Akhir atau Final nanti!!Program nyanyian ini yang menyediakan platform bagi mereka yang mempunyai bakat seni nyanyian akan diadakan pada 12hb November 2011 bertempat di Victoria Island Club.

Seramai 12 orang peserta akan berentap pada pusingan kedua yang akan mempertaruhkan bakat Vokal masing-masing, format pertandingan adalah seperti pusingan pertama dimana 100% pemilihan adalah ditangan juri. seperti biasa kali ini Labuan KDM Idol bakal menampilkan juri daripada Tanah Besar Sabah yang cukup berpengalaman dalam industri Muzik Tanah Air Sabah.

Antara Peserta pada pusingan kedua adalah : 

1. NAZWAN LAMAT
TANAK KAMPUNG – JIMMY PALIKAT (1)
HANYA KAU YANG MAMPU - AIZAT (2)
 2. JUSTINUS ASONG
NOROMUK LUGU’D PIGINAWAAN – GEORGE LIAN(1)
BINTANG – BUDAK KACAMATA (2)
 3. STELLA BINTI JOHN
GINAWOKU KAGASAN – CAROLINE YUSOF (1)
PATAH JADI DUA - ALDA (2)
 4. THEODORE EMMANUEL SEBASTIAN
RAATI PISAAN – EUSTHACIUS JOHN JINULI (1)
ANGEL – ROBBIE WILLIAMS (2)
 5. FLAVIA MANNIE LUNTAK
IGITANKU GISOM KAPATAYON – DIANA STEPHEN(1)
YOKU IE HUMARAP – IVYE ALEXANDRA (2)
 6. MARIA VANESSA DUANG
LANGADON TOMOD OKU – JENNILIN JENN (1)
JANGAN ADA AIR MATA – PARAMITHA RUSADY (2)
 7. RIZAL LIKURAN
KALAU JODOH – HENDRY PANGAL (1)
BUKIT LAYANG-LAYANG – JAINOL LIKURAN (2)
 8. ARCONELY JAUSEPH
RAATI PISAAN – EUSTHACIUS JOHN JINULI  (1)
MENGENANGMU - KERISPATIH (2)
 9. PET REITE NUIN
BINSOROU MAMATOS KOLUNGGUYAN – BENN S (1)
DEMI WAKTU - UNGU (2)
 10. MOHD.NOR SAIZALY
TAMBALUTKU – JESTIE ALEXIUS (1)
KALA HUJAN - ZAMANI (2)
 11. NORINAH BINTI YUHU
AMA OM APA – CLARICE JOHN MATHA (1)
TENDA BIRU – DESY RATNASARI (2)
 12. BRENDON ALDER CHRISTOPHER
AMU KITO NOH MIUHANG – USAL JON GAVIS (1)
BUKA HATI MU – ARMADA (2)


Jangan ketinggalan mengikuti atau datang ke Pusingan kedua Labuan KDM Idol nanti yang bermula pada Jam 8.00 malam...jumpa anda di sana!!!

Wednesday, October 26, 2011

LABUAN KDM IDOL kini bersedia untuk memulakan langkah sulungnya




Masa yang dinantikan sudah hampir tiba! Program nyanyian iaitu LABUAN KDM IDOL yang mempertaruhkan bakat seni nyanyian di dalam industri Muzik Tempatan Sabah, kini bersedia untuk memulakan langkah sulungnya. Pusingan Pertama atau HEAT. 1 ini bakal memperkenalkan 11 orang Peserta iaitu Maria, Sulastry, Karbin, Jaculine, Jeneling, Yong Sow Min, Madeleine, Sapvren, Edmund, Reno dan Fendy.

Program ini akan diadili oleh seorang juri profesional tetap, Benn Simon Bukag dan dibantu oleh 2 orang juri jemputan dimana seorang juri daripada kaum murut dan Seorang lagi daripada Kaum Kadazandusun itu sendiri, 11 Peserta akan berentap pada Pusingan pertama dan hanya 5 yang akan melayakkan diri ke Pusingan Akhir manakala 5 peserta yang berjaya melepasi HEAT.1 akan berentap ke FINAL bersama 5 peserta yang juga layak ke pusingan akhir pada HEAT.2, Jadi kepada Pengemar Muzik tempatan jangan lupa temu janji kita bersama Heat.1 yang akan di adakan di Victoria Island Club, bermula seawal pukul 7.00 petang...Jumpa Anda di sana!!!